Skip to main content

Total Pageviews

Polis buru 5 lelaki warga Myanmar

SUMBER -HARIAN METRO -

Seremban: Polis meningkatkan usaha memburu lima lelaki warga Myanmar yang disyaki membunuh rakan senegara dalam kejadian di sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Senawang di sini, 22 November lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kelima-lima suspek berusia 30-an melarikan diri sebaik memukul mangsa hingga mati.
Katanya, dalam kejadian 1.30 pagi, mangsa dan semua suspek minum minuman keras bersama-sama sebelum berlaku pertengkaran.
“Akibat gagal mengawal emosi, lima suspek itu memukul kepala mangsa menggunakan kayu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, semalam.
Thiew berkata, pihaknya menjalankan siasatan hampir dua minggu untuk mengenal pasti identiti semua suspek.
“Suspek dikenali sebagai Boshik, Ayub, Anuar, Ali dan Shakir. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mereka diminta menghubungi IPD Seremban di talian 06-7619999,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau berkata, semua suspek pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mereka tidak memiliki kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
Dalam kes berasingan, Thiew berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 30-an di restoran di Senawang, kerana memiliki lima pistol tiruan, dua senapang buatan sendiri dan 36 peluru, jam 3.30 petang, 21 November lalu.
Katanya, suspek dikehendaki bersabit kes curi dompet.
“Pemeriksaan pada beg sandang milik suspek menemui tiga pistol tiruan dan 15 peluru. Pemeriksaan lanjut di rumahnya menjumpai dua pistol, dua senapang buatan sendiri serta 21 peluru.
“Suspek yang juga peniaga barang antik dalam talian memiliki dua rekod jenayah bersabit kes curi serta tipu. Suspek didakwa di mahkamah hari ini (semalam) mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960,” katanya

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU NIE!

Budak sekolah SADO cabar Mr. Universe, Sazali Samad

Budak sekolah dari Kelantan ini nak mencabar kesasaan dan kemantapan otot bekas juara 9 kali Mr. Universe iaitu Sazali Samad. Baru berusia 17 tahun, anak muda ini dikatakan mempunya saiz otot sama besar dengan Sazali dengan menu harian hanya sekeping….Budak sekolah dari Kelantan ini nak mencabar kesasaan dan kemantapan otot bekas juara 9 kali Mr. Universe iaitu Sazali Samad. Baru berusia 17 tahun, anak muda ini dikatakan mempunya saiz otot sama besar dengan Sazali. Pelajar tingkatan lima dari SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 1, Kelantan bukanlah sekadar pelajar biasa yang seusia dengannya. Beliau telah banyak menghabiskan masa di gymnasium untuk membina biceps dan triceps  yang mengalahkan jagoan bina badan yang lain. Ramai netizen berpendapat bahawa beliau seharusnya membiarkan badannya membesar pada suatu tahap dewasa dahulu sebelum membina badan keterlaluan seperti ini, kerana bimbang terlalu memberi tekanan untuk otot-otot membesar secara abnormal. Namun, ini hanyalah...

HOT BULAN NIE

Budak sekolah SADO cabar Mr. Universe, Sazali Samad

Budak sekolah dari Kelantan ini nak mencabar kesasaan dan kemantapan otot bekas juara 9 kali Mr. Universe iaitu Sazali Samad. Baru berusia 17 tahun, anak muda ini dikatakan mempunya saiz otot sama besar dengan Sazali dengan menu harian hanya sekeping….Budak sekolah dari Kelantan ini nak mencabar kesasaan dan kemantapan otot bekas juara 9 kali Mr. Universe iaitu Sazali Samad. Baru berusia 17 tahun, anak muda ini dikatakan mempunya saiz otot sama besar dengan Sazali. Pelajar tingkatan lima dari SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 1, Kelantan bukanlah sekadar pelajar biasa yang seusia dengannya. Beliau telah banyak menghabiskan masa di gymnasium untuk membina biceps dan triceps  yang mengalahkan jagoan bina badan yang lain. Ramai netizen berpendapat bahawa beliau seharusnya membiarkan badannya membesar pada suatu tahap dewasa dahulu sebelum membina badan keterlaluan seperti ini, kerana bimbang terlalu memberi tekanan untuk otot-otot membesar secara abnormal. Namun, ini hanyalah...

KANTOI HABIS!! Video Lucah Panas Pemain Badminton Dunia Lin Dan Tersebar!

Bintang badminton China, Lin Dan membuat permohonan maaf berikutan skandalnya bersama seorang model terbongkar ketika isterinya sedang mengandung. Beberapa keping gambar ‘panas’ Lin Dan dan wanita itu tersebar selepas dimuat naik di laman sosial Weibo, pada Khamis. Gambar-gambar tersebut didakwa diambil pada Oktober lalu dan dimuat naik oleh ‘Detective Zhao’ di Weibo yang merupakan laman sosial terkenal dengan perkembangan atau gosip selebriti. Isteri Lin Dan yang juga bekas pemain badminton, Xie Xingfang selamat melahirkan bayi lelaki pada 5 November lalu. Lin Dan,33 dan Xie,35, berkahwin pada tahun 2012.Sementara itu, wanita yang dikaitkan dengan Lin Dan itu merupakan seorang model dan aktres dikenali sebagai Zhao Yaqi.Sebaik sahaja gambar -gambar tersebut tersebar, Lin Dan segera memohon maaf di Weibo dalam bahasa Cina: “Sebagai seorang lelaki, saya tidak mencari alasan untuk diri sendiri, tetapi kelakuan saya ini telah melukakan keluarga saya. Di sini saya memohon maaf kepada merek...

Bapa durjana Liwat Bayi Berusia 23 Hari Kerana Isteri Tak Mampu Layan Tuntutan Nafsunya

sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.  “Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera. “Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya. Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang. “Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi. Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan s3ks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang ke...

Pengalaman Ngeri Wanita Ini - Sebelah Muka Tak Berfungsi, Mulut Senget

Pernah tak korang dengar mengenai gangguan saraf muka palsy Bell? Gangguan saraf muka palsy Bell adalah penyakit yang disebabkan oleh gangguan saraf muka yang boleh menyebabkan kelemahan/kelumpuhan pada sebelah muka. Kelumpuhan ini akan mengganggu penampilan wajah serta menyebabkan pesakit sukar untuk makan dan memejamkan mata. Buat pengetahuan korang gejala ini berbeza dengan stroke kerana tidak melibatkan anggota lain. Wanita yang pernah berhadapan masalah gangguan saraf muka ini kongsi pengalaman… Memang tabah! Muka sebelah kanan tak berfungsi Hari hari buat fisio muka Antara simptom dan punca  

Kekayaan Datuk Aliff syukri.perghhh koleksi kereta mewah antaranya.........

Hasil usaha keras dalam perniagaan, usahawan muda Dato’ Aliff Syukri ataupun lebih dikenali dengan panggilan Dato Terlajak Laris tidak sabar untuk menanti rumah baharu beliau bernilai RM 20 juta yang bakal siap dibina dengan sentuhan ala Istana British. Bahkan rumah baharu beliau ini antara rumah yang terbesar di sekitar Petaling Jaya. Aliff pernah menolak permintaan pihak Astro sebanyak dua kali sebelum muncul dalam program berkenaan. Bukan niat ingin bermegah dengan kekayaannya, Aliff hanya ingin menjadi sumber inspirasi buat mereka diluar sana. Apabila Astro telefon sebenarnya dua kali saya menolak sebab saya tak mahu dikatakan yang bukan-bukan. Tapi bila fikir balik, oklah saya terima dengan niat yang baik. Namun secara jujurnya bukan senang saya nak jadi seperti sekarang.  Macam-macam perkara yang saya kena lalui.  Ingat lagi dulu, saya pernah terima ugutan bunuh, ada orang nak pukul saya, dan macam-macam atas pelbagai alasan.  Biasalah dalam bisnes kan...