Semasa kemunculan sulung menerusi drama ‘Playboy Itu Suami Aku’, lakonannya dikritik. Hari ini, dia jadi kegilaan jutaan wanita Malaysia!
NAMA Fattah Amin masih segar di pentas seni tanah air. Meski kelibatnya masih belum mampu mencetuskan fenomena, namun dia bertekad untuk memperbaiki mutu lakonan yang dikatakan ‘kayu’ oleh peminat dan pengkritik suatu ketika dahulu. Usaha gigih tanpa kenal erti jemu membuahkan hasil apabila dia berjaya membuktikan lakonannya semakin baik menerusi drama Cinta Ibadah.
Siapa sangka hari ini, namanya menjadi sebutan ramai apabila keberkesanan lakonannya dalam drama popular “Suri Hati Mr. Pilot” membuat semua wanita jatuh cinta akan watak yang dibawa oleh Fattah Amin. Sejak itu, namanya mula meniti di bibir peminat. Ya, berbekalkan susuk tubuh sasa dan wajah sedap mata memandang, Fattah Amin kini membuat kejutan!

Comments
Post a Comment