Skip to main content

Total Pageviews

Sejak Kecil Makan Jeruk Ikan, Kini Hidupnya Mewah Raih RM15 Juta Setahun

KISAH perjalanan hidupnya tidak seindah yang dijangka. Mungkin kini dia kelihatan mewah dengan empayar bisnes yang dia bina. Gaya penuh megah kereta Ferrari berkilat di sampingnya selalu. Tetapi ramai yang tidak tahu tentang pengorbanannya yang penuh duka. Daripada seorang wartawan jenayah, lelaki ini buktikan bahawa dirinya mampu berdiri sama tinggi dengan jutawan muda lain di Malaysia.

Ya, dia kecapi semua impian yang dia idamkan sejak kecil. Malah episod kehidupannya harus dijadikan inspirasi kepada kita semua. Jom selami perjalanan hebat seorang doktor yang bergelar jutawan...

Arwah Ayah Pinjam Duit Koperasi Untuk Bayar Yuran Universiti  

Ayah saya seorang yang sangat percaya pada pendidikan. Dia tidak pernah berhenti suruh saya belajar. Ketika saya SPM, saya antara anak Melayu yang dapat Gred 1 cemerlang dalam keseluruhan mata pelajaran di SK Methodist (ACS) Ipoh. Bangga, kerana ketika itu sukar sebagai orang Melayu untuk menyerlah dalam apa juga hal akademik di sekolah. Rata-rata masyarakat Melayu di sana hidupnya susah. Saya harus bangkit dari kelompok hidup susah dan membuktikan bahawa kesusahan bukan penghalang untuk berjaya.

Saya berazam untuk sambung pelajaran di peringkat universiti. Pada mulanya segala proses berlalu dengan begitu sukar. Kami sekeluarga tidak mampu untuk tampung kos sara pembelajaran ketika itu kerana keluarga saya bukanlah daripada keluarga yang senang.

Jasa Arwah Ayah dan Bantuan MARA yang Amat Bermakna

Saya harus kenang jasa arwah ayah saya yang berusaha gigih mencari yang terbaik untuk anak-anaknya. Ayah saya membuat pinjaman di salah sebuah koperasi di Ipoh untuk pembiayaan universiti saya. Dengan yuran RM200 ketika itu bukanlah satu jumlah yang kecil. Syukur juga dengan biasiswa dari MARA sebanyak RM400 sebulan ketika itu sangat membantu kehidupan saya sebagai seorang mahasiswa.

Selepas habis Diploma, saya bekerja sebagai seorang wartawan di meja jenayah. Siapa sangka saya kini berdiri di tempat yang mungkin saya sendiri tidak pernah terfikir ia mampu jadi kenyataan. Daripada seorang wartawan cabuk menjadi seorang ahli perniagaan (ketawa).

Seronok juga bergelar wartawan, dari meja jenayah banyak yang saya pelajari. Tetapi setiap kali bangun daripada tidur saya selalu fikir, “Sampai bila aku ingin selesa dengan pendapatan yang sebegini?”

Pengalaman di meja jenayah buat saya dahagakan pendidikan yang lebih mendalam daripada bidang lain. Saya nekad untuk sambung belajar dan menggapai impian saya sebagai seorang doktor. Saya tidak pernah menyesal ketika mengambil keputusan untuk sambung belajar kerana ia banyak mengubah cara hidup dan pemikiran saya.

Saya Korbankan Masa Untuk Berjaya

Terlalu banyak saya korbankan ketika masa muda saya. Untuk capai apa yang saya ada kini, saya perlu lalui fasa kehidupan yang penuh tragis. Jika remaja lain asyik sibuk bersosial dengan sahabat seusia, mencuba banyak perkara ketika muda, saya pula banyak luangkan masa di depan buku dan suka bersendiri.

Ketika saya berjuang untuk mencapai Ijazah Kedoktoran, saya sudah pun bertunang. Oleh kerana terlalu fokus dalam pelajaran dan tiada masa untuk ber'dating' mahupun keluar bersama, tunang saya tinggalkan saya.

Mungkin dia mahukan kebahagiaan yang saya tidak mampu berikan ketika itu. Ya, itulah yang dikatakan tiada jodoh. Saya sendiri reda. Mungkin Tuhan beri yang lebih baik untuk saya suatu hari nanti. Saya juga manusia ingin rasa dicintai dan mencintai, tetapi rasa itu perlu saya korbankan kerana aturan Tuhan itu lebih baik daripada segalanya. Sedih, tetapi inilah yang harus saya telan.

Episod cinta tak kesampaian itu tak pernah patahkan semangat saya. Saya harus pandang ke hadapan. Setiap kegagalan yang saya alami dalam hidup buat saya makin kuat dan bertambah kuat untuk tempuhi hari mendatang. Inilah seorang manusia bernama Dr. Amin Dato' Abdullah, hatinya kental dan penuh keegoan untuk berjaya.

‘Bila kita tinggi mengapai awan, jangan lupa rumput di bumi. Bila padi dah berbuah, lalang tidak berguna lagi...”

Alhamdulillah, tahun ini saja saya mampu raih RM15 juta keuntungan syarikat JenamaSendiri.com. Ya, saya lebih terbuka untuk berkongsi. Untuk tahun hadapan kenaikan 30% juga dilihat positif.

Saya yakin ramai juga jutawan yang turut lahir bersama dengan kami dalam penghasilan produk berkualiti yang kami hasilkan. Impian saya untuk tahun 2017 saya target untuk tersenarai di Bursa Saham Negara bersaing dengan syarikat antarabangsa yang lain.

Saya Menjual impian Orang 

Berkelana di negara orang ialah hobi saya. Banyak negara yang saya teroka, dari situlah saya belajar banyak benda. Cerita bermula apabila saya pergi bercuti di Eropah, saya terjumpa dengan sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan mencipta produk untuk dipasarkan. Semua jenama besar seperti haruman, produk penjagaan kulit dan solekan dikilangkan di tempat tersebut.

Istimewanya,kedai ini menawarkan sekali perkhidmatan pemasaran. Tiada lagi perniagaan seperti ini di Malaysia ketika itu. Saya berjumpa dengan CEO syarikat tersebut secara tidak sengaja. Dengan hanya satu panggilan kami disatukan di sebuah kafe yang terletak di Venice, Itali. Ketika pertemuan pertama itu, siapa sangka dia sangat terbuka untuk berkongsi tentang bisnes dan mentaliti mereka yang ingin cipta jenama sendiri.

“Kerana mereka ingin hidup senang. Saya yakin ramai yang ingin jadi kaya dalam industri penghasilan produk. Mereka lihat lubuk emas yang bersinar-sinar, jangan pancing mereka untuk terima perkhidmatan mahupun produk berkualiti kamu. Sebaliknya jual impian mereka."

Orang Melayu memiliki semangat berniaga yang tinggi tetapi sayang mereka kurang ilmu tentang pemasaran. Dari situ saya saya lihat satu pembaziran yang mengundang kepada kemunduran. Saya sediakan dari A hingga Z untuk berniaga. Daripada penghasilan produk di kilang hingga ke proses pemasaran dengan satu pakej harga. Saya bantu mereka, saya sediakan platform ini agar peniaga Melayu khususnya tak terus hanyut dibayangi kekayaan yang belum pasti menjadi.

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU NIE!

(10 gambar)Seorang wanita maut dihempap oleh lori.

Al fatihah- Seorang wanita maut apabila lori membawa muatan batu yang terbalik dan menhempap proton viva yang dinaiki mangsa.Kejadian di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis, di persimpangan lampu isyarat berhampiran Tangki Air Kuala Perlis. Selain itu,lori terbabit turut melanggar tiga kenderaan lain menyebabkan beberapa lagi cedera. Menurut sumber Ada empat mangsa dalam kereta Perodua Viva, iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan dengan seorang daripada mereka maut akibat tersepit. Semua mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah manakala pemandu lori sudah dibawa ke balai polis.Difahamkan mangsa yang cedera, termasuk patah paha dan patah tangan. Sama2 kita sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa yang maut. Sumber– harian metro

SEDIH!! 12 Foto paling terkini Asmirandah setelah hampir 3 tahun murtad dari Islam yang tak disangka-sangka

Asmirandah lama tak terdengar kabarnya sejak dirinya menikah dengan Jonas Rivanno. Usai memutuskan untuk pindah agama mengikuti Vanno, Andah dan suami seakan menghilang dari dunia hiburan. Kini, Andah pun kembali “muncul” menyapa publik lewat akun Instagram Sandra Dewi. Pada foto tersebut tampak mantan kekasih Dude Harlino itu berpose dengan Sandra di sebuah rumah makan. Keduanya tampak sangat akrab. Andah sendiri terlihat segar dengan rambut panjangnya yang bergelombang. “Reunited sama adik tersayang,” tulisnya pada keterangan foto. Melihat foto tersebut, netter pun beramai-ramai memberikan pujiannya untuk Andah. Tak sedikit pula yang mengaku merindukan sang idola dan ingin melihat Andah beradu akting lagi di televisi.  “Itu kak Andah kan? Kak Andah sama kak Sandra sama-sama cantik. Tuhan memberkati ya,” ucap seorang netter. “Lama nggak lihat kak Andah jadi makin cantik. Kapan main sinetron lagi?” tanya yang lain. “Udah lama nggak lihat kak Andah, gimana kabarnya kak?”...

Akhirnya Jep dan sari yanti bernikah pagi tadi. TAHNIAH!!

PETALING JAYA: Selepas berteka-teki dan bermain tarik tali mengenai hubungan mereka, pelakon Sari Yanti, 33, dan pelawak, Jep Sepahtu, 32, mengejutkan peminat apabila bernikah di Dewan Mercu Mustapha Kamal, di sini, pagi tadi. Media yang dapat menghidu majlis itu, mula menunggu di dewan berlangsungnya pernikahan sejak awal pagi tetapi dilarang masuk.Penganjur turut mengawal ketat pintu masuk dewan utama sambil memberitahu media tidak dibenarkan membuat liputan. Ia adalah perkahwinan kedua pelakon jelita yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara itu. Sari berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014. Mereka dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.Majlis pernikahan tertutup ini turut dihadiri rakan artis seperti Wan Sharmila, Angah Raja Lawak, Azhael, Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana.

VIDEO: Kes buli, polis ambil keterangan dari guru,ibu bapa dan 10 pelajar.

Semoga Insaf.Seramai 10 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Kunak, diambil keterangan hari ini, bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar perempuan. Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa sehari selepas kejadian. Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar, berkata pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan serta mengambil tindakan selanjutnya. “Pihak polis juga sudah dimaklumkan dan siasatan masih dijalankan. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kunak (PPD) tiada masalah untuk membantu (siasatan). “Memandangkan kejadian berlaku di luar kawasan dan di luar waktu persekolahan, kami akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan sedia ada,” katanya ketika dihubungi. satu   video yang berdurasi satu minit 39 saat menunjukka...

Al fatihah.(8 gambar). Kemalangan mengorbankan 6 sekeluarga.

Alfatihah. Suasana pilu di tempat kejadian apabila Enam sekeluarga maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan ibadah haji. Dalam kemalangan itu dua lelaki dan empat perempuan maut manakala sembilan yang lain termasuk kanak-kanak cedera dalam kemalangan itu. Punca Kemalangan itu berkemungkinan daripada pemandu yang keletihan dan memgantuk sehingga menyebabkan kenderaan pikap terbabit melanggar tiang elektrik,” Menurut sumber polis kepada pemberita di sini.Menurutnya, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Hatyai selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan haji. Al fatihah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Sumber: Terengganutimes

HOT BULAN NIE

SEDIH!! 12 Foto paling terkini Asmirandah setelah hampir 3 tahun murtad dari Islam yang tak disangka-sangka

Asmirandah lama tak terdengar kabarnya sejak dirinya menikah dengan Jonas Rivanno. Usai memutuskan untuk pindah agama mengikuti Vanno, Andah dan suami seakan menghilang dari dunia hiburan. Kini, Andah pun kembali “muncul” menyapa publik lewat akun Instagram Sandra Dewi. Pada foto tersebut tampak mantan kekasih Dude Harlino itu berpose dengan Sandra di sebuah rumah makan. Keduanya tampak sangat akrab. Andah sendiri terlihat segar dengan rambut panjangnya yang bergelombang. “Reunited sama adik tersayang,” tulisnya pada keterangan foto. Melihat foto tersebut, netter pun beramai-ramai memberikan pujiannya untuk Andah. Tak sedikit pula yang mengaku merindukan sang idola dan ingin melihat Andah beradu akting lagi di televisi.  “Itu kak Andah kan? Kak Andah sama kak Sandra sama-sama cantik. Tuhan memberkati ya,” ucap seorang netter. “Lama nggak lihat kak Andah jadi makin cantik. Kapan main sinetron lagi?” tanya yang lain. “Udah lama nggak lihat kak Andah, gimana kabarnya kak?”...

(10 gambar)Seorang wanita maut dihempap oleh lori.

Al fatihah- Seorang wanita maut apabila lori membawa muatan batu yang terbalik dan menhempap proton viva yang dinaiki mangsa.Kejadian di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis, di persimpangan lampu isyarat berhampiran Tangki Air Kuala Perlis. Selain itu,lori terbabit turut melanggar tiga kenderaan lain menyebabkan beberapa lagi cedera. Menurut sumber Ada empat mangsa dalam kereta Perodua Viva, iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan dengan seorang daripada mereka maut akibat tersepit. Semua mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah manakala pemandu lori sudah dibawa ke balai polis.Difahamkan mangsa yang cedera, termasuk patah paha dan patah tangan. Sama2 kita sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa yang maut. Sumber– harian metro

Drama Melayu Paling Tinggi dalam Carian Google Sepanjang 2016- Agak-agak no1 drama apa ya?

Adakah anda peminat drama bersiri tempatan? Pastinya anda mesti sudah tahu drama apa yang menjadi bualan hingga kini. Tidak kira drama itu dari adaptasi novel atau sebaliknya, yang pasti ia tetap menjadi trending apabila sebuah drama mula ditayangkan serta berjaya mencuri hati penonton. Banyak faktor yang menyebabkan drama bersiri Melayu tersebut menjadi popular antaranya keserasian pelakon, jalan cerita yang romantis atau penuh air mata serta lagu tema bagi drama tersebut. Mungkin ini adalah sebab ia berjaya menarik penonton mula menonton. Selain itu, ia juga menjadi cariaan tertinggi di Google. Setiap penghujung tahun, Google akan menyenarikan pelbagai data tahunan dan mempamerkan trend pengguna bagi tahun tersebut. Ini 10 drama bersiri tempatan dalam carian Google. sumber -google-