Semoga Insaf.Seramai 10 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Kunak, diambil keterangan hari ini, bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar perempuan. Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa sehari selepas kejadian. Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar, berkata pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan serta mengambil tindakan selanjutnya. “Pihak polis juga sudah dimaklumkan dan siasatan masih dijalankan. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kunak (PPD) tiada masalah untuk membantu (siasatan). “Memandangkan kejadian berlaku di luar kawasan dan di luar waktu persekolahan, kami akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan sedia ada,” katanya ketika dihubungi. satu video yang berdurasi satu minit 39 saat menunjukka...
Bintang badminton China, Lin Dan membuat permohonan maaf berikutan skandalnya bersama seorang model terbongkar ketika isterinya sedang mengandung. Beberapa keping gambar ‘panas’ Lin Dan dan wanita itu tersebar selepas dimuat naik di laman sosial Weibo, pada Khamis. Gambar-gambar tersebut didakwa diambil pada Oktober lalu dan dimuat naik oleh ‘Detective Zhao’ di Weibo yang merupakan laman sosial terkenal dengan perkembangan atau gosip selebriti. Isteri Lin Dan yang juga bekas pemain badminton, Xie Xingfang selamat melahirkan bayi lelaki pada 5 November lalu. Lin Dan,33 dan Xie,35, berkahwin pada tahun 2012.Sementara itu, wanita yang dikaitkan dengan Lin Dan itu merupakan seorang model dan aktres dikenali sebagai Zhao Yaqi.Sebaik sahaja gambar -gambar tersebut tersebar, Lin Dan segera memohon maaf di Weibo dalam bahasa Cina: “Sebagai seorang lelaki, saya tidak mencari alasan untuk diri sendiri, tetapi kelakuan saya ini telah melukakan keluarga saya. Di sini saya memohon maaf kepada merek...