Bintang badminton China, Lin Dan membuat permohonan maaf berikutan skandalnya bersama seorang model terbongkar ketika isterinya sedang mengandung.
Beberapa keping gambar ‘panas’ Lin Dan dan wanita itu tersebar selepas dimuat naik di laman sosial Weibo, pada Khamis.
Gambar-gambar tersebut didakwa diambil pada Oktober lalu dan dimuat naik oleh ‘Detective Zhao’ di Weibo yang merupakan laman sosial terkenal dengan perkembangan atau gosip selebriti.
Isteri Lin Dan yang juga bekas pemain badminton, Xie Xingfang selamat melahirkan bayi lelaki pada 5 November lalu.
Lin Dan,33 dan Xie,35, berkahwin pada tahun 2012.Sementara itu, wanita yang dikaitkan dengan Lin Dan itu merupakan seorang model dan aktres dikenali sebagai Zhao Yaqi.Sebaik sahaja gambar -gambar tersebut tersebar, Lin Dan segera memohon maaf di Weibo dalam bahasa Cina:
“Sebagai seorang lelaki, saya tidak mencari alasan untuk diri sendiri, tetapi kelakuan saya ini telah melukakan keluarga saya. Di sini saya memohon maaf kepada mereka.”
Comments
Post a Comment